TUARAN, 29 Julai 2026 – Empat individu mengalami kecederaan dengan dua daripadanya dilaporkan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Sulaman, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.19 pagi. Susulan itu, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati terdapat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan dan bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mereka.
Kesemua mangsa yang berjaya dikeluarkan telah diserahkan kepada pihak perubatan dan dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) serta ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi menyelamat berjalan lancar dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.40 pagi selepas kawasan kejadian dipastikan selamat.

0 Comments