Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KOTA BELUD - Mayat lelaki dan motosikal ditemukan hampir reput dalam parit


 KOTA BELUD, 23 Julai – Penduduk tempatan di sekitar Jalan Kota Belud - Kudat gempar berikutan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan hampir reput bersama sebuah motosikal di dalam parit di tepi jalan berkenaan, hari ini.

​Penemuan itu dipercayai dikesan oleh orang awam yang melintasi kawasan berkenaan sebelum bertindak melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa.

​Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi mengesahkan penemuan berkenaan dan memaklumkan bahawa sepasukan anggota polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan serta menjalankan siasatan awal.

​Beliau berkata, buat masa ini pihak polis belum dapat memastikan sama ada mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya secara bersendirian atau wujud unsur-unsur lain yang menyebabkan kematiannya.

​"Siasatan terperinci serta usaha bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa dan punca kejadian kini sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

​"Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini dalam masa terdekat sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh," katanya.

​Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil membantu pihak polis dalam siasatan berkenaan.


Post a Comment

0 Comments