Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TENOM - PPM Wilayah 4 rampas rokok seludup bernilai RM167,520



TENOM, 31 Julai 2026 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya merampas 134,600 batang rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM167,520 dalam satu serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Amboi, di sini semalam (29 Julai 2026).

​Operasi kira-kira jam 8.20 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom.

​Dalam serbuan berkenaan, seorang lelaki yang dipercayai penjaga stor terbabit bertindak melarikan diri ke kawasan kebun getah berhampiran sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

​Hasil pemeriksaan di dalam premis berkenaan membawa kepada penemuan pelbagai jenama rokok tidak bercukai seperti Grow, Tex Light, Astro Blue Berry Fuze serta beberapa jenama lain sebelum kesemuanya disita untuk tindakan lanjut.

​Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

​Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abdul Rahman memaklumkan, sebanyak 44 kes di bawah Akta Kastam 1967 telah direkodkan oleh PPM Wilayah 4 Sabah sehingga 30 Julai 2026, melibatkan 30 tangkapan dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM6,208,256.66.

​Tindakan tegas dan kawalan berterusan ini membuktikan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti penyeludupan barangan tidak bercukai yang mengancam ekonomi serta merugikan hasil pendapatan negara. 

Post a Comment

0 Comments