Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KOTA KINABALU - Sabah Electricity lakukan serbuan bersepadu, banteras kecurian elektrik bagi aktiviti lombong bitcoin



KOTA KINABALU, 23 Julai – Sabah Electricity dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar kegiatan kecurian bekalan elektrik bagi aktiviti perlombongan mata wang kripto (Bitcoin) dalam satu operasi bersepadu di sebuah premis, baru-baru ini.

​Operasi berkenaan dilancarkan selepas premis terbabit disyaki membuat penyambungan elektrik secara haram tanpa melalui meter sah bagi menjalankan aktiviti lombong Bitcoin yang memerlukan penggunaan arus elektrik berkapasiti tinggi.

​Pengurusan Sabah Electricity menegaskan bahawa tindakan membuat penyambungan elektrik secara tidak sah merupakan satu kesalahan serius di bawah undang-undang. Selain merugikan syarikat, tindakan tidak bertanggungjawab itu berisiko tinggi mencetuskan bahaya seperti renjatan elektrik dan kebakaran premis.

​Malah, perbuatan tersebut turut menjejaskan kestabilan serta integriti sistem bekalan elektrik yang menyalurkan tenaga kepada pengguna awam di kawasan sekitar.

​Sabah Electricity kekal komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi-agensi penguat kuasa dalam usaha membanteras jenayah kecurian bekalan elektrik. Langkah berterusan ini amat penting bagi memastikan sistem bekalan elektrik di seluruh Sabah kekal selamat, stabil, dan boleh dipercayai demi kesejahteraan pengguna.

​Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan kecurian elektrik atau penyambungan haram digesa untuk tampil melaporkannya terus kepada pihak Sabah Electricity melalui talian khidmat pelanggan atau saluran aduan rasmi mereka demi menjaga keselamatan dan kepentingan bersama.


Post a Comment

0 Comments