KOTA KINABALU - Enam ditahan, JSJN Sabah rampas ganja dalam operasi berantai

 


KOTA KINABALU — Dalam operasi berantai yang dijalankan pada 17 dan 18 Julai lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah berjaya menumpaskan satu rangkaian pengedaran dadah menerusi penahanan enam individu di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Ketua JSJN Sabah memaklumkan, operasi tersebut membawa kepada penahanan empat lelaki dan dua wanita, kesemuanya warganegara Malaysia berketurunan Bajau, Bugis dan Brunei.

Dalam operasi itu, polis turut merampas 329 gram dadah disyaki ganja bernilai kira-kira RM3,290. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Suspek pertama yang ditahan ialah seorang lelaki berusia 45 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan di Putatan pada 17 Julai. Polis merampas tiga paket ganja yang mempunyai label "FCB100% Cheese Cake", "FCR100% Black Dragon" dan "FCR100% Bang Bang", selain sebuah telefon bimbit. Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif.

Hasil siasatan lanjut membawa kepada beberapa serbuan susulan pada 18 Julai di Kampung Likas dan Kota Belud yang menyaksikan penahanan lima lagi individu, termasuk dua penghantar makanan GrabFood, seorang pemandu e-hailing, seorang kerani dan seorang pelajar.

Polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut, antaranya sebuah Perodua Myvi, barang kemas seberat lapan gram, sebuah jam tangan Tissot 1853, sebuah tablet serta enam telefon pintar pelbagai jenama.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada enam suspek positif THC, manakala empat lagi negatif. Kesemua suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Semua suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah bagi membantu siasatan dan proses permohonan reman.

Syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah atas kejayaan menumpaskan rangkaian pengedaran dadah ini. Operasi berterusan seperti ini amat penting bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah, sekali gus melindungi masyarakat, khususnya golongan muda, daripada ancaman penyalahgunaan dadah.

Comments

Popular posts from this blog

OPERASI PEROBOHAN: "Rumah Kebal" di Likas Square Akhirnya Dirobohkan

PENAMPANG - Polis Tahan 5 Remaja Terbabit Kes Khianat Pondok Ibadat di Kg Duvanson Penampang

KOTA KINABALU - ​"Tindakan Tegas JIM Sabah: 62 PATI Dicekup dalam Operasi Bersepadu di Tiga Daerah"