Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KOTA KINABALU - Polis Siasat Dakwaan Gangguan Seksual Libatkan Pengarah Hospital di Sabah

 


KOTA KINABALU, 23 Julai – Polis mengesahkan dakwaan gangguan seksual yang membabitkan seorang pengarah sebuah hospital di Sabah dan tular di media sosial sejak semalam sebenarnya berlaku pada Oktober tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu pada Januari lalu dan siasatan sudah pun dijalankan sebelum isu berkenaan menjadi tular.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang melibatkan kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

"Kes ini hanya tular semalam, namun siasatan polis sudah pun dijalankan sebaik laporan diterima," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan semua aspek sebelum tindakan lanjut diambil.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Chin Tek Ming, yang menggesa dakwaan gangguan seksual serta buli membabitkan kakitangan sebuah hospital di Kota Kinabalu disiasat secara menyeluruh dan diberi perhatian segera oleh pihak berkuasa.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai dijalankan. Semua pihak diseru memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional.

Post a Comment

0 Comments