KOTA KINABALU: 31 Julai 2026 – Jambatan di KM2.850 Jalan Tun Fuad Stephen yang menghubungkan laluan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Teluk Likas ditutup serta-merta bermula jam 12.00 tengah hari tadi selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengesan kerosakan struktur serius pada jambatan berkenaan.
Menurut notis rasmi JKR Sabah, hasil pemeriksaan mendapati berlaku kerosakan serius pada struktur lantai konkrit jambatan yang memerlukan penutupan segera bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.
JKR memaklumkan penutupan hanya melibatkan laluan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Teluk Likas. Sepanjang tempoh penutupan, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sementara kerja-kerja pembinaan lencongan dilaksanakan.
Laluan berkenaan akan dibuka semula selepas pembinaan lencongan sementara selesai dan disahkan selamat untuk digunakan.
Orang ramai juga dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.

0 Comments