Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KOTA KINABALU - Lelaki Ditemui Meninggal Dunia di Bawah Jejambat Lido

 


KOTA KINABALU, 22 Julai – Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditemukan meninggal dunia di bawah Jejambat Lido kira-kira jam 6.30 pagi hari ini.

Mangsa dipercayai sering menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat berteduh dan tidur sebelum mayatnya ditemui oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Balai Polis Luyang, Sub Inspektor Mohd Rashidi Nawawi, bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan awal.

Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu. Setakat ini, polis tidak menemukan sebarang tanda yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat serta tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga hasil pemeriksaan dan siasatan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Polis turut mengingatkan orang ramai supaya menghormati privasi keluarga mangsa dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Post a Comment

0 Comments