Tawau - Lelaki Warga Asing Ditahan Sebab Curi Pakaian Dalam Wanita


 TAWAU, 22 Julai – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencuri pakaian dalam wanita yang dijemur di sebuah rumah di Kampung Haji Matahir, Tawau dalam kejadian awal bulan ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt, berkata mangsa berusia 47 tahun menyedari beberapa helai pakaian dalam milik isterinya yang dijemur di luar rumah hilang sebelum membuat laporan di Balai Polis Bombalai untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, hasil laporan itu, polis menjalankan risikan dan siasatan sebelum berjaya mengesan serta menahan suspek warga asing berusia lingkungan 20-an kira-kira jam 10.30 malam, semalam di hadapan sebuah rumah di Kampung Haji Matahir.

“Hasil soal siasat awal, suspek menunjukkan lokasi barang kes sebelum polis menemui dan merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan di dalam rumah suspek serta kawasan semak berhampiran,” katanya.

Antara barang yang dirampas termasuk beberapa helai pakaian dalam wanita, sehelai baju berwarna hijau serta sebuah songkok hitam yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan perbuatan tersebut.

Menurutnya, suspek yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kediaman serta segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.

Tindakan pantas pasukan polis Tawau dalam menjalankan risikan dan siasatan wajar diberi penghargaan kerana berjaya mengesan suspek serta membantu membanteras kegiatan jenayah di kawasan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

OPERASI PEROBOHAN: "Rumah Kebal" di Likas Square Akhirnya Dirobohkan

PENAMPANG - Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol: Dua Lelaki Ditahan Dalam Op Mabuk Penampang

PENAMPANG - Polis Tahan 5 Remaja Terbabit Kes Khianat Pondok Ibadat di Kg Duvanson Penampang