PAPAR - Remaja 15 Tahun Lemas Ketika Mandi Sungai

 


PAPAR, 19 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berhampiran Kaiduan Luluba Eco-Tourism, Papar, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Syazani John dipercayai mandi di sungai sebelum mengalami insiden lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rony Sikawan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, mangsa telah berjaya ditemui oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

"Pasukan bomba kemudian memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa, namun usaha menyelamatkan nyawanya tidak berjaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kejadian seperti ini wajar dijadikan peringatan kepada ibu bapa, penjaga dan orang ramai agar sentiasa mengawasi kanak-kanak serta remaja ketika melakukan aktiviti di sungai atau kawasan rekreasi air. Langkah keselamatan dan pemantauan berterusan amat penting bagi mengelakkan tragedi seumpama ini daripada berulang.

Comments

Popular posts from this blog

OPERASI PEROBOHAN: "Rumah Kebal" di Likas Square Akhirnya Dirobohkan

PENAMPANG - Polis Tahan 5 Remaja Terbabit Kes Khianat Pondok Ibadat di Kg Duvanson Penampang

PENAMPANG - Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol: Dua Lelaki Ditahan Dalam Op Mabuk Penampang