Kebakaran Berlaku di Hyper Bataras Kolombong, Sistem Sprinkler Berjaya Kawal Api

 


KOTA KINABALU, 22 Julai – Kebakaran membabitkan sistem pengudaraan (ventilation) di dalam Hyper Bataras Kolombong dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Kejadian itu berjaya dikawal oleh sistem pemercik automatik (sprinkler) bangunan sebelum dipadam sepenuhnya oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi.

Seramai 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan bantuan BBP Penampang dan BBP Kota Kinabalu terbabit dalam operasi memadam kebakaran berkenaan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.29 tengah hari dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi bagi memastikan keadaan selamat serta mengenal pasti punca kejadian.

Kecekapan sistem keselamatan bangunan serta tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak, sekali gus mengurangkan risiko kepada pengunjung dan pekerja premis.

Comments

Popular posts from this blog

OPERASI PEROBOHAN: "Rumah Kebal" di Likas Square Akhirnya Dirobohkan

PENAMPANG - Polis Tahan 5 Remaja Terbabit Kes Khianat Pondok Ibadat di Kg Duvanson Penampang

PENAMPANG - Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol: Dua Lelaki Ditahan Dalam Op Mabuk Penampang