BEAUFORT - Panas!!! Kerana Tidak Diberi Duit, Lelaki Positif Dadah Ditahan Polis
![]() |
| Sumber:PD Beaufort |
BEAUFORT, 20 Julai – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine menerusi saringan air kencing yang dijalankan di Pejabat BSJND IPD Beaufort, semalam.
Menurut IPD Beaufort dalam satu kenyataan, suspek sebelum itu dipercayai mengamuk, mengugut serta menampar anak saudaranya selepas berang kerana tidak diberikan wang oleh ibunya.
Hasil siasatan awal turut mendapati suspek dipercayai merupakan seorang penagih syabu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan suspek kini ditahan bagi membantu siasatan serta tindakan lanjut.
IPD Beaufort menegaskan akan terus memperhebat usaha membanteras penyalahgunaan dadah di daerah itu serta menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat terus terpelihara.
Selain penguatkuasaan oleh pihak berkuasa, peranan ibu bapa dan ahli keluarga juga amat penting dalam membendung penyalahgunaan dadah. Pemantauan terhadap pergaulan, perubahan tingkah laku serta aktiviti harian anak-anak sejak awal dapat membantu mengesan tanda-tanda awal sebelum mereka terjebak dengan gejala yang boleh merosakkan masa depan diri, keluarga dan masyarakat.

Comments
Post a Comment